Setelah menempah nama dengan mencipta tiga rekod peribadi dan disenaraikan ke dalam "Malaysia Book Of Records". Kini beliau kembali untuk terus mencabar mental dan fizikal. Beliau yang bertugas sebagai seorang guru di Sk. Sri Tanjung Papat 2 dan berasal dari Sandakan Sabah, akan merentas Malaysia dari Perlis ke Sabah dengan menggunakan Inline Skates. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Harthono Isnanthomo, penerima anugerah "Belia Patriotik Sabah 2005" dan anugerah "Cabaran Malaysia Boleh". Rekod pertama En. Harthono ialah "Ukir Jalur Gemilang Terbesar" pada tahun 2004, ukiran tersebut diukir pada sebuah tebing bukit di kampong Sim Sim Sandakan Sabah. Ukiran berkenaan berukuran 11 kali 16 meter dan merupakan ukiran Jalur Gemilang terbesar di Malaysia dan rekod berkenaan telah disampaikan oleh mantan Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah iaitu Datuk Masidi Manjun. Rekod kedua beliau ialah "Berjalan Di atas Eskalator Tanpa Henti", dimana beliau telah berjaya berjalan tanpa henti selama 17 jam dan 20 minit. Rekod berkenaan dicipta pada bulan kemerdekaan iaitu pada 30 hingga 31 ogos 2006. Cubaan tersebut dilakukan di sebuah pusat beli belah terkemuka di Sabah iaitu di Centre Points Sabah dan dirasmi pelepasannya oleh Mayor Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim. "Meluncur Menggunakan Inline Skates Tanpa Henti"merupakan rekod peribadi beliau yang ketiga dan berjaya meluncur selama 15 jam juga pada bulan kemerdekaan pada 23 hingga 24 ogos 2007. Projek berkenaan telah dirasmikan oleh wakil Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Rekod berkenaan dicipta di Kompleks Karamunsing Kota Kinabalu Sabah. Dan kini hasrat untuk mencipta rekod yang ke empat akan diadakan pada November 2008, sempena musim cuti sekolah. Projek ini akan dianjurkan oleh Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah. |
|
Selepas skate menggelilingi Taman Tun Sulaiman. | Latihan di Taman Bukit Kiara
| Bersama jurulatih.
|
Latihan dimulakan sejak awal tahun 2006 lagi serta ditaja sepenuhnya oleh Skateline (Malaysia) Sdn. Bhd. Sebuah syarikat perniagaan pembekal peralatan berasaskan Inline Skates. Syarikat ini juga menyediakan khidmat jurulatih, kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan sukan yang menyeronokkan ini.
Ketua Menteri Sabah.
| Mantan Menteri Belia Dan Sukan.
| Jabatan Belia Dan Sukan Persekutuan. |
Sokongan dan restu daripada pelbagai pihak sangat penting untuk menjayakan projek ini. Selain ianya sebagai pembakar semangat tetapi ia juga dapat meningkatkan motivasi diri. Walaupun terpaksa bakal melalui hari hari yang sukar sebelum, semasa dan selepas projek ini dijayakan. Ucapan terimakasih diucapkan diatas sokongan dan restu kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hisammuddin Tun Hussein, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman, mantan Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun. Beliau juga mengharapkan doa daripada seluruh warga malaysia, agar projek ini berakhir dengan jayanya. Apa yang cuba dilakukan bukan saja dapat menjadi ikutan para belia malah menjadi kebanggaan dan menjadi rakyat yang "Cemerlang, Gemilang, Terbilang".
Perlis | Johor | Lawas Sarawak | Kota Kinabalu Sabah |
Perjalanan rentas Malaysia menggunakan inline skates bermula daripada Kangar Perlis ke Johor, seterusnya dari Lawas Sarawak ke Kota Kinabalu Sabah. Laluan yang digunakan ialah lebuhraya Utara Selatan. Jangkaan jarak untuk sehari ialah sejauh 80 km dan akan bermalam pada setiap persinggahan yang telah ditetapkan. Perjalanan akan diteruskan pada keesokan hari dan begitulah rutinnya sehingga sampai ke lokasi terakhir iaitu di Kota Kinabalu Sabah. Pihak penganjur akan menyediakan pengiring untuk mengiringi En. Harthono disepanjang laluan. Ia sangat penting demi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pihak yang turut menggunakan lebuhraya berkenaan.
| |
Sebahagian daripada jalan raya yang bakal digunakan untuk mencipta rekod.

Jadual perjalanan telah ditetapkan agar program yang dirancang berjalan lancar.

Peta menunjukkan gambaran keselurukan perjalanan.